d' art of thoughts

Fikir dengan akal, tilik pakai hati.

Archive for the ‘d’ common.sense’ Category

Biasa Yang Berbisa

leave a comment »

Kelihatan seekor kala jengking berdiri di tebing sungai. Ingin menyeberang ke tebing sebelah sana. Lalu, ia meminta katak membawanya ke tebing seberang sana.

“Bagaimana aku yakin kau tidak akan menyengat aku?” Tanya katak.

“Kerana aku akan lemas kalau aku menyengat engkau,” jawab kala jengking.

Ada benarnya kata-kata kala jengking itu, lalu katak membenarkan kala jengking memanjat ke belakangnya. Dan katak pun berenang.

Sampai di pertengahan sungai, kala jengking menyengat belakang si katak. Sebelum kedua-duanya lemas, sempat katak bertanya, “tapi kenapa?”

“Biasa lah,” jawab kala jengking. Dan kedua-duanya mati lemas, di tengah sungai.

Biasa buat? Bisa buat?

Banyak benda biasa, yang mana bila kita biasakan, boleh menjadi bisa yang akhirnya membunuh diri kita. Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Ibnu Rajab al-Hanbali dan Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab mereka Tazkiyatun Nufuz wa Tarbiyatuha kama yuqarrirruhu Ulama As Salaf menuliskan terdapat empat racun hati yang paling biasa dilakukan, tetapi mempunyai kesan besar kepada hati, iaitu banyak berbicara, pemandangan yang tidak dijaga, terlalu banyak makan dan banyak bergaul dengan sembarangan orang.

Abu Hurairah berkata, hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para perajuritnya. Apabila raja baik, maka baik lah para perajuritnya. Dan apabila raja busuk, maka busuk lah para perajuritnya.

“Biasalah!”

Selalu kita dengar orang beralasan dengan alasan ‘biasa’ bila ditegur tentang sesuatu. “Biasalah. Doktor hisap rokok, ustaz-ustaz pun hisap rokok,” itulah jawapan bila ditanya kenapa merokok.

“Alah, lewat sikit saja, bukan tak datang langsung pun. Biasalah, kita kan orang Melayu,” respon bila digesa untuk tidak datang lewat.

Apa masalah sebenar?

Masalah doktor atau ustaz juga hisap rokok, atau masalah dilahirkan sebagai orang Melayu (baca: salah ibu mengandung)?

Atau ini sebenarnya masalah sikap?

Benar. Ini masalah sikap (attitude). Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”.

Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita.

Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap, tanpa terlebih dahulu menjaga hati kita?

Fikir dengan akal, tilik pakai hati.

Advertisements

Apa yang tinggal untuk kita?

with 3 comments

“Siapa antara kita yang berani jamin dia akan diberi peluang untuk bangun semula selepas tidur malam ini?”

Soalan yang pernah saya ajukan dulu betul-betul mengetuk fikiran saya semalam. Berat sungguh untuk ini, malah tidak mungkin ada yang berani menjawab “ya, saya jamin“.

Tidak ada, walau seorang. Ada yang cuba hendak menjawab, tapi masih gagap-gagap, takut-takut.

4 orang kawan saya telah meninggal dunia, semuanya sebaya. Dua orang daripada akibat kemalangan motorsikal, koma dan meninggal. Seorang meninggal kerana kanser serviks. Dan seorang lagi kerana sakit jantung (atau, mungkin kegagalan jantung berfungsi).

Masih ingat tragedi bas Delima Oktober lalu yang meragut 12 nyawa? Masih ingat 4 daripanya hanya berusia 18, 19 dan 21?

Kullu nafsin zhaiqatul maut – ramai yang tahu ayat ini, dengan maksudnya sekali. Cuma tidak ada seorang pun antara kita yang tahu bila ‘tarikh keramat’ kita.

Hanya tiga perkara akan bersama kita di dalam kubur nanti.

Apa yang tinggal untuk kita?

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal;

  1. Sedekah jariyah,
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Anak saleh yang mendoakannya

–HR Muslim

Saya baru berumur 22 tahun, jika ditakdirkan hari ini saya meninggal, peluang (3) sah-sah bukan milik saya. Peluang (1)? Mudah-mudahan ada, insyaAllah. Hanya peluang (2) yang mampu saya manfaatkan sebaiknya hari ini, sekurang-kurangnya..

..sempat saya sampai walau hanya satu ayat, walau hanya melalui internet.

Media baru

Media baru seperi Facebook, Twitter, Youtube, blog dan lain-lain lagi adalah antara cara yang cukup dan efektif untuk kita memanfaatkan peluang (2).

Kita boleh baca berita itu berita ini, cerita orang itu, gosip artis ini, serta bermacam lagi, apa salahnya sekali sekala baca artikel yang baik-baik, dan lepas baca berkongsilah.

Tidak takutkah kita lebih memanfaatkan media baru untuk maksiat? Saya tidak berniat mengeluarkan hukum, tapi saya takut ketika ini media baru menjadi haram untuk kita.

Tidak takutkan kita lebih gemar berkongsi sesuatu yang tidak elok lebih banyak dari yang elok?

Tidak takutkah kita lebih banyak ‘Like’ benda yang tidak elok berbanding yang baik?

Tidak takutkah kita meninggal ketika sedang asyik berFacebook? Kalau sedang asyik membaca atau melihat yang baik Alhamdulillah. Kalau sebaliknya? Nauzubillah hi minzalik.

Manfaatkanlah!

Malaysia mempunyai lebih 8.8juta rakyatnya yang berdaftar sebagai pengguna Facebook, maka manfaatkanlah. Inilah peluang (2) kita.

“Poyolah kau! Macamlah kau baik sangat.”

Mahu jadi baik (soleh), biarlah poyo pun. Tak poyo pun, kalau tak baik buat apa, kan? 😀

 

Cara hidup kita di dunia akan menentukan bagaimana cara hidup kita di alam barzakh nanti.
Cara hidup kita di alam barzakh akan menentukan bagaimana cara hidup kita di padang mahsyar nanti.
Cara hidup kita di padang mahsyar nanti akan menentukan sama ada kita ke syurga ataupun ke neraka.
Dan segalanya bermula dari bagaimana kita menentukan cara hidup kita di dunia selagi hayat masih ada.

Written by wann

November 11, 2010 at 9:51 am

Lucunya Negeri Ini

leave a comment »

Kadang-kadang melihat orang lain membawa kita muhasabah diri sendiri. Melihat negara orang membuat kita memikirkan negara kita.

Alangkah Lucunya Negeri Ini (ALNI) – sebuah filem kritik sosial hebat arahan Dedy Mizwar. Siapa tidak kenal Dedy Mizwar lewat lakonannya dalam Kiamat Sudah Dekat dan Ketika Cinta Bertasbih, atau melalui iklan IndoMee bersama Mila.

Di mana-mana di Indonesia, baik di mall, dalam bas, mahupun di pasar, semuanya ada pencopet (penyeluk saku). Kisah pencopet dalam ALNI bukan kisah biasa, tapi kisah yang membawa kita menyelami liku hidup dunia mereka, maksud saya di Indonesia.

Mereka tidak bersekolah, tidak tahu membaca, maka tidak hairanlah bila dikejar mereka tidak takut untuk lari bersembunyi di balai polis. Kerana apa? Kerana tidak membaca papan tanda! Mereka tidak tahu apa agama mereka, mereka tidak tahu halal haram. Yang mereka tahu, mereka mesti mencopet tiap hari!

Membawa mesej agama dan kenegaraan, isu halal haram dan rasuah (korupsi) paling menonjol. Dalam babak akhir apabila pelakon utama ditahan polis kerana melepaskan kanak-kanak pengemis (sebenarnya, mereka adalah penjual  jalanan, yang berusaha mencari rezeki yang halal), lelaki ini menyalahkan kerajaan yang korup sebagai sebab rakyat menjadi miskin, sampai terpaksa mengemis. Ya, memang Indonesia negara yang menduduki tempat pertama dengan kadar rasuah yang paling tinggi di dunia.

Tidak ketinggalan, ALNI juga membawa mesej betapa pendidikan itu penting. Kerana “pendidikan adalah alat untuk melompat”.

“Pencopet tanpa pendidikan berusaha mendapatkan 5bilion sebulan. Tapi, dengan pendidikan, pencopet pasti berusaha peroleh lebih dari itu.”

Lalu timbul soalan, “bagaimana caranya pencopet yang berpendidikan itu mencopet?” 😀

Lawak ALNI mempunyai mesejnya yang tersendiri, yang anda patut tonton, ketawa, dan fikir sendiri. 🙂

Dan, doa kita semoga negara kita Malaysia tidak menjadi seperti Indonesia, kalau itu yang terbaik buat kita, insyaAllah.

Written by wann

October 25, 2010 at 10:16 pm

Nasi Lemak Murah

with one comment

“Awak cakap saya tak cantik”

“Memang tak cantik pun. Dahi jendol, dagu leper. Hah tu apa tu? Nasi lemak 50 sen!

Begitulah satu babak dalam filem ‘Cuti-cuti Cinta’, dengan Farid Kamil sebagai pelakonnya menunjuk kepada buah d*** Nora Danish, yang dirujuk sebagai nasi lemak 50 sen!

Apa kata kita?

Pertama kali melihat iklan trailer filem tersebut, aku tak dapat tangkap dialog sebenar, sehinggalah aku menontonnya buat kali kedua.

Lawak bodoh – itu yang pertama sekali terlintas di kepala. It’s a lame joke, with double meaning. And more. it’s not funny!

Dialog itu bagi aku, masih boleh diterima, sekiranya Farid Kamil tidak menunjuk kepada ehem2 Nora Danish. Tapi bila dah tunjuk tu, aku fikir budak kecik pun boleh faham!

Ekploitasi Wanita

Aku mula kenal perkataan eksploitasi wanita bila diminta membuat karangan berkenaan kesan baik dan buruk iklan di sekolah rendah. Dan masa itu, kakak aku yang memberi poin ini, aku tulis jugak walaupun aku belum faham benar apa maksud eksploitasi.

Wanita memang sejak dulu sampai sekarang menjadi marketing tools, baik untuk iklan pakaian, iklan kereta, iklan kelengkapan rumah, hatta iklan minuman dan makanan sekalipun. Pendek kata, semua yang ada badan seorang wanita boleh dijadikan bahan penarik.

Majalah, surat khabar, billboards, iklan TV, semuanya ‘mempromosi kecantikan’ wanita.

Sasarannya? Tidak lain, tentunya perempuan sendiri, lelaki ‘pencinta wanita’, malah kanak-kanak juga!

Pengaruh kepada kanak-kanak

“Nasi lemak 50 sen tu t***k ke Ibu?”

Apa kita rasa kalau tiba-tiba esok anak kita tanya macam ni? Marah?

Kenapa tidak gelak guling-guling? Kan lawak tu. Kalau masa tonton iklan tu kita boleh gelak kenapa tidak kali ni?

Janganlah murah sangat!

Dan bagi perempuan (atau, wanita) pandai-pandailah katakan tidak pada eksploitasi-murah-melampau seperti ini. Itu kan aset kamu!

Gela-gelak juga, tapi biarlah kamu tahu di mana sempadan untuk bergurau. Jangan sekali-kali benarkan lelaki melelong aset kamu semurah itu..

..dan sebaiknya tutuplah dada kamu dengan tudung selayaknya.

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Sedapnya nasi lemak! 🙂

Written by wann

October 24, 2010 at 9:29 pm

%d bloggers like this: