d' art of thoughts

Fikir dengan akal, tilik pakai hati.

Archive for the ‘d’ inspiration’ Category

Apa yang paling kuat?

with one comment

Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, “Ada, iaitu besi”

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada besi ?”

Allah yang Maha Suci menjawab, “Ada, iaitu api”

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada api ?”

Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air”

Para malaikatpun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih kuat daripada air ?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada, iaitu angin”

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,

“Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah & beramal tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah & amalan yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada rasa untuk diketahui oleh orang lain.

Ayuh, periksa hati yg menuntun amalmu. Semarakkan rasa khauf lillah pada tiap apa yang kau kerjakan. 🙂

Jalan menuju Syurga itu luas.
Advertisements

Written by wann

October 27, 2010 at 10:10 am

Kepercayaan Helang

with 3 comments

“Boleh ke saya ni abang? Susah lah. Orang lain memang la boleh, mereka semua ada asas Arab. Saya ni tidak ada asas, sebab tu la saya gagal kot!”

Seorang adik yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi meluah perasaan. Sempat ke dalam masa sebulan ni nak tukar dari gagal kepada A?

Helang sangkakan dirinya ayam

Seorang petani yang sedang mencari herba di atas bukit terpandang sarang burung. Tiada ibu, tapi ada beberapa biji telur di dalamnya. Si petani tahu itu adalah telur si helang. Fikirnya kalau diambil sebiji telur tentu tak mengapa. Sampai di rumah, si petani tadi meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam, dan dieram oleh ibu ayam.

Dua hari kemudian, ibu ayam berkokok keriangan, kerana semua anak-anaknya sudah menetas- termasuk anak helang tadi!

*Disclaimer. Ini bukan cerita Ugly Duckling yang disisih oleh ibunya. Terima Kasih. XD

Anak helang itu dibesarkan oleh ibunya (ibu ayam) seperti abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Ia makan apa yang mereka makan, minum apa yang mereka minum, buat apa yang mereka buat, hatta mengikut ke mana sahaja ibu dan abang kakaknya pergi. Pendek kata, si helang dibesarkan sebagai seekor ayam. Malah si helang ini tidak pandai terbang.

Dan si helang penuh percaya bahawa dirinya adalah seekor ayam, walau berbeza dengan ibu, abang dan kakaknya.

Lama selepas itu, si helang ini telah tua- sedang semua ibu, abang dan kakaknya dijual oleh tuannya, si helang masih di situ. Sedang si helang ini mematuk makanan bersama ayam lain, si helang terpandang ke langit, dan terlihat seekor burung yang sedang terbang megah. Lalu tanya si helang ini pada ayam, “siapa itu? Aku kagum melihatnya, begitu hebat menyusur di udara”.

Lalu balas si ayam, “itulah Sang Helang, raja segala burung. Bukan seperti kita, burung yang mematuk di bumi!”

Si helang tua mengangguk, dan kembali mematuk tanah, mencari makanan..sehingga akhir hayatnya.

Bina kepercayaan hari ini

“Apa yang awak ada sekarang, atau apa yang pernah awak ada dulu bukan penentu mutlak siapa awak esok hari. Tapi baik abang, atau awak sendiri, kita sama-sama yakin, apa yang awak percaya, itulah yang awak akan jadi!”

Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti si helang tadi yang membesar, menjadi tua, mematuk tanah, malah mati sebagai ayam, sedang kita punya sepasang sayap besar yang membolehkan kita terbang menyusur angkasa mencari makanan di merata tempat, dan akhirnya mati dengan bangga sebagai raja burung!

Kitalah helang yang akan terbang gagah!

Written by wann

October 22, 2010 at 9:26 am

%d bloggers like this: