d' art of thoughts

Fikir dengan akal, tilik pakai hati.

Archive for the ‘d’ plain’ Category

Pemadam dan Pensil

with 8 comments

Pensil : Maafkan aku, kawan.

Pemadam : Kenapa, kawan? Kamu tidak berbuat salah padaku.

Pensil : Maafkan aku kerana telah menyakitimu, kawan. Bila saja aku terbuat silap, kau selalu ada untuk memadamkan. Sedang kesilapan aku hilang, kamu hilang sebahagian dirimu, kawan. Semakin kecil dan kecil.

Pemadam : Ya, tidak mengapa, kawan. Kamu tahu, memang itu tujuan hidupku, untuk membantumu ketika kamu memerlukan aku. Dan aku tahu, suatu masa nanti aku akan pergi. Ketika itu kamu akan mendapat teman baru. Usah risau, kawan. Aku sukakannya!

 

Maaf, kawan.

 

Dengan cara apa hidup kita akan termaknai?

 

Pensil : Kawan, aku sayang kamu! 🙂

 

Sekali lagi, dengan cara apa hidup kita akan termaknai?


Pemadam : Dan kamu, tulislah kepada dunia, kawan. Biar kehilangan aku termakna.

 

Maka dengan cara apa hidup kita akan termaknai, kalau bukan untuk memberi sebanyaknya?

Written by wann

November 25, 2010 at 3:41 pm

Kepercayaan Helang

with 3 comments

“Boleh ke saya ni abang? Susah lah. Orang lain memang la boleh, mereka semua ada asas Arab. Saya ni tidak ada asas, sebab tu la saya gagal kot!”

Seorang adik yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi meluah perasaan. Sempat ke dalam masa sebulan ni nak tukar dari gagal kepada A?

Helang sangkakan dirinya ayam

Seorang petani yang sedang mencari herba di atas bukit terpandang sarang burung. Tiada ibu, tapi ada beberapa biji telur di dalamnya. Si petani tahu itu adalah telur si helang. Fikirnya kalau diambil sebiji telur tentu tak mengapa. Sampai di rumah, si petani tadi meletakkan telur helang tersebut bersama telur ayam, dan dieram oleh ibu ayam.

Dua hari kemudian, ibu ayam berkokok keriangan, kerana semua anak-anaknya sudah menetas- termasuk anak helang tadi!

*Disclaimer. Ini bukan cerita Ugly Duckling yang disisih oleh ibunya. Terima Kasih. XD

Anak helang itu dibesarkan oleh ibunya (ibu ayam) seperti abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain. Ia makan apa yang mereka makan, minum apa yang mereka minum, buat apa yang mereka buat, hatta mengikut ke mana sahaja ibu dan abang kakaknya pergi. Pendek kata, si helang dibesarkan sebagai seekor ayam. Malah si helang ini tidak pandai terbang.

Dan si helang penuh percaya bahawa dirinya adalah seekor ayam, walau berbeza dengan ibu, abang dan kakaknya.

Lama selepas itu, si helang ini telah tua- sedang semua ibu, abang dan kakaknya dijual oleh tuannya, si helang masih di situ. Sedang si helang ini mematuk makanan bersama ayam lain, si helang terpandang ke langit, dan terlihat seekor burung yang sedang terbang megah. Lalu tanya si helang ini pada ayam, “siapa itu? Aku kagum melihatnya, begitu hebat menyusur di udara”.

Lalu balas si ayam, “itulah Sang Helang, raja segala burung. Bukan seperti kita, burung yang mematuk di bumi!”

Si helang tua mengangguk, dan kembali mematuk tanah, mencari makanan..sehingga akhir hayatnya.

Bina kepercayaan hari ini

“Apa yang awak ada sekarang, atau apa yang pernah awak ada dulu bukan penentu mutlak siapa awak esok hari. Tapi baik abang, atau awak sendiri, kita sama-sama yakin, apa yang awak percaya, itulah yang awak akan jadi!”

Kita sudah tentu tidak mahu menjadi seperti si helang tadi yang membesar, menjadi tua, mematuk tanah, malah mati sebagai ayam, sedang kita punya sepasang sayap besar yang membolehkan kita terbang menyusur angkasa mencari makanan di merata tempat, dan akhirnya mati dengan bangga sebagai raja burung!

Kitalah helang yang akan terbang gagah!

Written by wann

October 22, 2010 at 9:26 am

Daun lebat, buah banyak

leave a comment »

“Aku kadang-kadang menyampah betul dengan orang yang perasan banyak pengalaman. Memang lah aku baru kerja, tapi bukan bermakna semua yang aku cakap tu salah!”

Seorang teman mengadu baru-baru ini. Katanya selalu pendapatnya tidak diterima ditempatnya kerja. Bukan setakat itu, malah di kata tidak ada pengalaman lagi. Marah benar teman aku itu. 😀

Pokok berdaun lebat

Aku bawakan kepada teman itu suatu analogi. Pokok berdaun lebat. Aku katakan padanya bukan semua pokok yang berdaun lebat itu buahnya juga banyak. Ada saja pokok yang lebat daunnya, tapi langsung tiada buah. Ada juga pokok yang daunnya tidak lebat, tapi masih berbuah, manis lagi!

“Jadi apa maksudnya? Aku tak faham.”

Daun yang lebat itu adalah umur kita. Dan buah itu adalah pengalaman atau ilmu. Ada saja orang tua yang berumur, tapi kurang ilmunya.

“Oh, maksudnya Boss aku tu orang tua yang tak berilmu? Hahaha”

Sekurang-kurangnya itu dapat memujuk hatinya, dan jelas di ketawa. Hehe

Kita pokok yang macam mana?

Lihatlah diri kita. Kita jenis pokok yang macam mana? Yang hanya lebat daunnya? Atau yang lebat daun dan buahnya sekali?

Ayuh, mari kita jadi pokok terbaik, yang rendang dan berdaun lebat, serta berbunga dan berbuah, dengan menanam benih Iman dan bajai dengan baja Takwa!

Written by wann

October 21, 2010 at 2:11 pm

Posted in d' plain

Akhirnya

leave a comment »

Haha.

Sebelum ni terlupa password, sekarang baru jumpa.

Haha. XD

*sengal

Written by wann

October 21, 2010 at 11:43 am

Posted in d' plain

Reinkarnasi

leave a comment »

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur kepada Yang Maha Pencipta atas segala rahmat dan nikmat yang masih tersisa buat kita (baca: aku). Sungguh, Dia amat Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kerana Dia

aku masih disini

menghirup udara segar

menelan baki umur

Kerana Dia

aku akan terus disini

menerus hidup mencari redha

Kerna Dia ada

aku yakin aku bisa

biar kehujung horizon

Kerana Dia ada

aku tahu sinarnya

bakal terang!


Reinkarnasi. Atau kembali semula. Bukan kelahiran semula.

Saya berbelog kembali kerana saya mahu mengInspirasi.

Ya, saya mahu berkongsi rasa dan motivasi. Itu saja…kerana..

..Kita buat, kita dapat.

Untuk semua, terimalah..Healing oleh Sami Yusuf.

Written by wann

August 24, 2010 at 12:39 am

Posted in d' plain

%d bloggers like this: