d' art of thoughts

Fikir dengan akal, tilik pakai hati.

Archive for the ‘d’ politics’ Category

Lucunya Negeri Ini

leave a comment »

Kadang-kadang melihat orang lain membawa kita muhasabah diri sendiri. Melihat negara orang membuat kita memikirkan negara kita.

Alangkah Lucunya Negeri Ini (ALNI) – sebuah filem kritik sosial hebat arahan Dedy Mizwar. Siapa tidak kenal Dedy Mizwar lewat lakonannya dalam Kiamat Sudah Dekat dan Ketika Cinta Bertasbih, atau melalui iklan IndoMee bersama Mila.

Di mana-mana di Indonesia, baik di mall, dalam bas, mahupun di pasar, semuanya ada pencopet (penyeluk saku). Kisah pencopet dalam ALNI bukan kisah biasa, tapi kisah yang membawa kita menyelami liku hidup dunia mereka, maksud saya di Indonesia.

Mereka tidak bersekolah, tidak tahu membaca, maka tidak hairanlah bila dikejar mereka tidak takut untuk lari bersembunyi di balai polis. Kerana apa? Kerana tidak membaca papan tanda! Mereka tidak tahu apa agama mereka, mereka tidak tahu halal haram. Yang mereka tahu, mereka mesti mencopet tiap hari!

Membawa mesej agama dan kenegaraan, isu halal haram dan rasuah (korupsi) paling menonjol. Dalam babak akhir apabila pelakon utama ditahan polis kerana melepaskan kanak-kanak pengemis (sebenarnya, mereka adalah penjual  jalanan, yang berusaha mencari rezeki yang halal), lelaki ini menyalahkan kerajaan yang korup sebagai sebab rakyat menjadi miskin, sampai terpaksa mengemis. Ya, memang Indonesia negara yang menduduki tempat pertama dengan kadar rasuah yang paling tinggi di dunia.

Tidak ketinggalan, ALNI juga membawa mesej betapa pendidikan itu penting. Kerana “pendidikan adalah alat untuk melompat”.

“Pencopet tanpa pendidikan berusaha mendapatkan 5bilion sebulan. Tapi, dengan pendidikan, pencopet pasti berusaha peroleh lebih dari itu.”

Lalu timbul soalan, “bagaimana caranya pencopet yang berpendidikan itu mencopet?” 😀

Lawak ALNI mempunyai mesejnya yang tersendiri, yang anda patut tonton, ketawa, dan fikir sendiri. 🙂

Dan, doa kita semoga negara kita Malaysia tidak menjadi seperti Indonesia, kalau itu yang terbaik buat kita, insyaAllah.

Written by wann

October 25, 2010 at 10:16 pm

Cerita Dari Surau

with 3 comments

Tulis Utusan: Sultan Selangor murka

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan ‘tazkirah’ di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lalu. SUMBER

Kata KJ: DAP tidak sensitif , MP Serdang naif

Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu. SUMBER

Kata Arham Azha: Sumbangan PERKASA lebih wajar

Perkasa mahu menggantikan wang bernilai RM1,000 sumbangan Teo Nei Ching kepada kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral supaya wang itu dipulangkan semula kepada Ahli Parlimen Serdang. SUMBER

Kata Ibrahim Ali: Ambil tindakan ke atas Nie Ching

Tiada seba untuk tidak diambil tindakan, sedangkan Dr.Asri sendiri pernah ditahan kerana berkuliah tanpa izin. SUMBER

Kata Dr.MAZA: Bukan Islam boleh masuk surau/masjid

Pparti politik yang menggunakan agama Islam untuk menyebabkan ketengan kaum adalah pesalah sebenar. SUMBER

Kata Nik Aziz: Tidak salah

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam. SUMBER

Kata Aku:

  1. Masih ingatkan program Juara Rakyat di Surau al-Falah Kuala Langat dengan insiden tari-menari oleh Melayu yang berpakaian separuh bogel? Jadi mana yang sebenarnya menimbulkan kemarahan orang Melayu (baca:Islam).
  2. Antara TG Nik Aziz dan Dr.Maza dengan KJ, PERKASA dan Utusan, mana yang lebih layak dijadikan rujukan? (Sengaja aku tak letak link dari Harakah)
  3. MP Teo bagi sumbangan peribadi atau sumbangan ADUN? Timbul ke isu duit orang Islam atau duit orang bukan Islam di sini?
  4. Mana-mana masjid atau surau yang memerlukan sumbangan Ihya Ramadhan, sila mohon dari PERKASA.
  5. MP Teo bagi aku agak prihatin kerana sanggup datang sendiri bagi sumbangan, dan dapat lihat dengan mata kepala sendiri keadaan Surau a-Huda. Sekurang-kurangnya duit tu betul-betul dapat untuk surau, dengan disaksikan jemaah surau, tak sempat nak masuk poket AJK surau!
  6. Cukuplah. Cukuplah mempolitik-murahkan isu agama, baik sana, baik sini. Anda hanya memalukan Islam!
  7. Kredibiliti media boleh dipertikai, sebab tidak mendapatkan cerita sebenar dari sumber pertama, atau sekurang-kurangnya cerita dari saksi yang adil.
  8. Jangan lupa mengundi!

Fikir dengan akal, tilik pakai hati!

Written by wann

August 29, 2010 at 12:36 pm

Posted in d' peoples, d' politics

%d bloggers like this: