d' art of thoughts

Fikir dengan akal, tilik pakai hati.

Archive for the ‘d’ usual’ Category

Keranda untuk Ayah

with one comment

Di suatu ceruk kampung, tinggal seorang tua bersama keluarga anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan ia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.

Itu dulu.

Kini ia sudah berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun lepas, ia tidak lagi bekerja. Ia hanya duduk di pangkin di luar rumah, memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa lalu ketika anaknya masih kecil..

**********************************

 

“Ayah! Amin nak main benda ni, ayah tarik Amin ye!” Laung Amin, sambil jari menunjuk upih kelapa di depannya.

“Boleh…kejap ya. Ayah nak tebas semak ini dulu. Semak tebal ni bahaya. Nanti ayah tarik Amin ya,” jawab si ayah, penuh kasih sayang.

“Alaa..Amin nak main sekarang. Cepatlah ayah! Cepatlah!” pujuk Amin yang berusia 11 tahun sambil menhentak-hentak kakinya.

Si ayah faham benar dengan perangai anak lelakinya itu, “nanti muncung lah tu, sehari tak mahu makan nanti,” bisik si ayah di dalam hati.

“Ok, ok. Amin duduk, ayah tarik.”

“Yeay! Ayah tarik laju-laju tau,” gembira benar bila hajatnya dituruti. “Laju lagi! Laju lagi! Ayah tarik Amin turun cerun kat sana ye, mesti lagi laju nanti,” arah Amin, sambil jarinya menunjuk ke hujunh hutan.

“Ya Allah!” Jerit si ayah, ia merasakan kakinya terpijak sesuatu. Duri, barangkali. Atau kaca.

“Alaa..kenapa ayah berhenti ni? Amin belum puas lagi. Tariklah lagi.”

Tanpa menghiraukan luka dan darah pada kakinya, si ayah ini terus menarik upih kelapa yang dinaiki anaknya, sehingga Amin lapar dan mengajak pulang untuk makan.

 

**********************************

 

Sesekali Amin melirih kepada ayahnya yang berada di atas pangkin, “tahu berehat saja si tua ni, pemalas betul. Aku penat-penat bekerja, dia tahu makan saja,” ngomel si anak. Geram benar ia melihat ayahnya duduk tidak berbuat apa-apa, selain makan.

Suatu hari, kerana tidak tahan lagi dengan si ayah, yang dianggap menyusahkan keluarganya, kebetulan pula musim kemarau dan kekurangan makanan, Amin membuat satu kerana kayu untuk ayahnya.

“Ayah! Masuk dalam ni,” tanpa berkata apa-apa, si ayah masuk ke dalam keranda.

Amin menarik keranda ke hujung hutan. Di sana ada sebuag cerun tinggi, fikirnya cerun itu sesuai untuk di membuang keranda berisi ayahnya itu, supaya si ayah tidak lagi menyusahkan ia dan keluarganya.

Sampai di cerun, sebelum sempat Amin menolak keranda itu, dia terdengar ketukan dari dalam keranda.

“Hidup lagi rupanya,” bisiknya di dalam hati, dan membuka keranda. “Hah, ayah nak apa lagi?”

“Ayah tahu Amin nak buang ayah dari cerun ini. Amin nak buang ayah, Amin buang lah. Tapi Amin janganlah buang keranda cantik yang Amin buatkan ini. Mungkin anak Amin perlukan keranda ini nanti”

Advertisements

Written by wann

January 17, 2011 at 12:17 pm

Terbanglah duhai Rerama!

with 5 comments

“Sejak mula kerja ni macam mana hidup kau?”

“Biasa saja. Pagi keluar pergi kerja, petang balik kerja, malamnya makan dan rehat.”

“5 hari seminggu itu rutin kau? Tak bosan ke, bro?”

“Apa lagi boleh buat? Malam of course nak rehat, esok nak kerja lagi.”

“Hujung minggu buat apa?”

“Haha. Kau tanya macam lah kau tak kenal aku. Macam belajar dulu juga la. Lepas Subuh, tidur puas-puas. Kalau tak keluar ke mana-mana, layan movie atau k-drama lah. bro”

Soalannya : Jika ini ialah rutin anda, selesakah begini?

Menjadi Ulat Lebih Bahagia?

Di sebuah tasik, tinggallah satu populasi ulat pemakan daun. Ulat-ulat ini begitu bahagia berkawan dan menjamu daun-daun hijau dari pokok-pokok kecil di sekitar tasik itu. Tidak sekalipun mereka terfikir untuk meninggalkan tasik itu, berhijrah ke kawasan lain, merasai enaknya daun-daun lain. Mereka takut, apa yang mereka ada sekarang adalah yang terbaik dan tidak ada di mana-mana tempat lain. Sayang sebab takut!

Sesekali, mereka bersedih bila ada antara mereka yang memanjat pada batang bunga lili, dan hilang hilang tidak muncul lagi. Mereka faham benar, bila ini terjadi, kawan-kawan mereka telah tiada, mati dan hilang ke mana!

Suatu hari, seekor ulat teringin memanjat batang bunga lili tersebut. Desakan dalamannya kuat, bagaimanapun dirinya pernah diingatkan agar tidak sekali-kali berbuat begitu. Nekad, si ulat akan memanjat batang pokok lili tersebut, dan ia berjanji pada dirinya untuk kembali kepada kawan-kawannya di sini.

Sampai di puncak batang bunga lili, si ulat ini kepenatan. Hangat mentari betul-betul membuatnya mengantuk. Si ulat mahu tidur sebentar. Ketika si ulat sedang tidur, badannya berubah. Bila si ulat ini bangun, ia melihat badannya tidak lagi seperti dulu, malah mempunyai sepasang sayap yang cantik.

"Bukan lagi diriku"

Terbanglah duhai Rerama!

Si ulat itu tadi kini adalah seekor rama-rama. So fly he did! Sedang ia terbang, ia merasakan apa yang dilihatnya kini sebenarnya jauh lebih membahagiakan, berbanding hanya hidup memakan daun sebelum ini.

Terbanglah, sayang!

Keluarlah dari Kepompong Selesa

Ayuh, keluarlah dari kepompong selesa kita. Hidup ini terlalu indah untuk dijalani dengan rutin yang sama. Jalanilah dengan indah!

Hidup ini adalah tanggungjawab. Sesekali, pandanglah ke kiri kanan kita. Apakah kita tidak punya tanggungjawab lain selain apa yang kita ada sekarang? Apakah kita tidak akan dipertangungjawabkan di atas semua (kelalaian) ini?

Above all, kita semua pemimpin bukan. Dan pastinya kita akan ditanya tentang semua ini, tentang bagaimana kita menjalani hidup.  Hiduplah untuk kekal hidup. ^_^

Written by wann

December 18, 2010 at 9:29 am

Nasi Lemak Murah

with one comment

“Awak cakap saya tak cantik”

“Memang tak cantik pun. Dahi jendol, dagu leper. Hah tu apa tu? Nasi lemak 50 sen!

Begitulah satu babak dalam filem ‘Cuti-cuti Cinta’, dengan Farid Kamil sebagai pelakonnya menunjuk kepada buah d*** Nora Danish, yang dirujuk sebagai nasi lemak 50 sen!

Apa kata kita?

Pertama kali melihat iklan trailer filem tersebut, aku tak dapat tangkap dialog sebenar, sehinggalah aku menontonnya buat kali kedua.

Lawak bodoh – itu yang pertama sekali terlintas di kepala. It’s a lame joke, with double meaning. And more. it’s not funny!

Dialog itu bagi aku, masih boleh diterima, sekiranya Farid Kamil tidak menunjuk kepada ehem2 Nora Danish. Tapi bila dah tunjuk tu, aku fikir budak kecik pun boleh faham!

Ekploitasi Wanita

Aku mula kenal perkataan eksploitasi wanita bila diminta membuat karangan berkenaan kesan baik dan buruk iklan di sekolah rendah. Dan masa itu, kakak aku yang memberi poin ini, aku tulis jugak walaupun aku belum faham benar apa maksud eksploitasi.

Wanita memang sejak dulu sampai sekarang menjadi marketing tools, baik untuk iklan pakaian, iklan kereta, iklan kelengkapan rumah, hatta iklan minuman dan makanan sekalipun. Pendek kata, semua yang ada badan seorang wanita boleh dijadikan bahan penarik.

Majalah, surat khabar, billboards, iklan TV, semuanya ‘mempromosi kecantikan’ wanita.

Sasarannya? Tidak lain, tentunya perempuan sendiri, lelaki ‘pencinta wanita’, malah kanak-kanak juga!

Pengaruh kepada kanak-kanak

“Nasi lemak 50 sen tu t***k ke Ibu?”

Apa kita rasa kalau tiba-tiba esok anak kita tanya macam ni? Marah?

Kenapa tidak gelak guling-guling? Kan lawak tu. Kalau masa tonton iklan tu kita boleh gelak kenapa tidak kali ni?

Janganlah murah sangat!

Dan bagi perempuan (atau, wanita) pandai-pandailah katakan tidak pada eksploitasi-murah-melampau seperti ini. Itu kan aset kamu!

Gela-gelak juga, tapi biarlah kamu tahu di mana sempadan untuk bergurau. Jangan sekali-kali benarkan lelaki melelong aset kamu semurah itu..

..dan sebaiknya tutuplah dada kamu dengan tudung selayaknya.

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Sedapnya nasi lemak! 🙂

Written by wann

October 24, 2010 at 9:29 pm

Buatlah Kesalahan

with 2 comments

Ada orang fikir semua yang dia nak dia akan dapat. Walaupun usaha sedikit, ada orang merasakan dia layak dapat maksimum, sedang kita tahu bukan semua yang kita mahukan kita akan dapat. Pemikiran begini sebenarnya menjadikan kita takut berbuat salah.

Sekali-sekala kita perlu buat salah, sekurang-kurangnya kita boleh tahu di mana sempadan salah-betul.

Masa masih kanak-kanak ribena dulu, tengah syok main-main kat luar, tiba-tiba mak marah,

“Aiman! Pakai selipar!”

Tapi kita degil. Tetap tak pakai. Sampailah satu masa jatuh sakit, nak berak sakit, bila berak pulak ada cacing. Doktor cakap jangan main kat luar, lagi-lagi atas tanah tanpa selipar, nanti cacing masuk dalam perut ikut kaki.

Sempadan Salah-Betul tu apa?

Lepas jatuh sakit, tahulah kita, yang betulnya kalau main kat luar kena pakai selipar, atau kasut. Yang salah bila main atas tanah tak pakai selipar. Dan kita tahu main kat luar atas rumput masih lagi dalam sempadan betul, iaitu masih boleh buat. Itu sempadannya.

Buatlah Kesalahan!

Tom J.Watson, presiden IBM, tahu nilai sebuah kesalahan. Suatu ketika, seorang pegawainya membuat kesalahan besar yang menyebabkan IBM mengalami kerugian jutaan dollar. Sang pegawai tersebut dipanggil untuk berjumpa Watson. Kata pegawai tersebut,

“Tuan pasti mahu saya mengundurkan diri.”

Jawab Watson, “Anda pasti bergurau. Saya baru saja menghabiskan 10 juta dollar untuk mendidik anda…”

Orang yang mahu berjaya, akan belajar dari apapun yang terjadi, termasuk dari kesalahan. Bila kita terbuat satu kesalahan, hal yang terbaik adalah megumpulkan kembali kaca-kaca yang terserakan, dan analisa kembali tindakan kita. “Jangan menangisi kesalahan. Periksa dan pelajari kesalahan. Selanjutnya manfaatkan pengetahuan baru anda itu, kerana kesalahan adalah kesempatan untuk kita memperlajari sesuatu.

Tom Watson terkenal dengan THINK pada zamanya. ^_^

Dalam satu kisah lain, sepasang suami isteri sedang berniaga di pasar. Ramai orang lalu-lalang, sayangnya tiada seorang pun yang berminat dengan barang jualan mereka.

Seorang lelaki bertanya kepada peniaga lelaki tersebut, “pakcik, kenapa pakcik yakin ada orang yang akan membeli barangan pakcik itu. Bagaimana pakcik boleh menjual barang pakcik dalam suasana begini?

“Kami tak hilang harapan”, begitu jawabnya. “Itulah satu-satunya kekuatan kami. Kami tak tahu apa dan bagaimana membesarkan perniagaan ini, namun kami tahu harapan takkan pernah meninggalkan mereka yang menggenggamnya.”

Berterima kasihlah pada ‘orang-orang kecil’ yang memberikan teladan dan menebarkan harapan perbaikan hidup pada kita. Merekalah tiang penahan yang menahan langit dari keruntuhan. Mereka jualah peredup terik mentari kehidupan yang ada kalanya terasa panas membakar.

Belajarlah tentang sesuatu. Jangan bazirkan masa yang ada. Manusia akan terasa hidup apabila mempelajari sesuatu. Jadi tidak kisah apa perkara pun, pelajari sesuatu hari ini.

Written by wann

August 25, 2010 at 9:36 am

Masih sayang

with one comment

Kata orang tempat jatuh lagi dikenang. Ya, seharusnya saya masih amat menyayangi rumah lama.

Cuma saya perlu berpindah ke rumah baru untuk merasai udara yang baru..sekurang-kurangnya buat masa sekarang!

Tinggal di rumah baru, rumah lama masih dijaga.

rumah lama yang masih disayangi

Ayuh, masuklah ke rumah baru saya ni, tapi jangan lupakan kenangan di rumah lama ya.. ^^.

Written by wann

August 24, 2010 at 11:55 am

%d bloggers like this: